Friday, June 19, 2009

Melayu dibuai mimpi

Selepas tercetusnya era industri di Malaysia sekitar lewat 70’an dan awal 80’an maka melonjaklah bilangan wanita yang turun padang bekerja dengan tujuan untuk menikmati hidup yang lebih selesa.

Penulis tidak pula bermaksud wanita mesti dihalang daripada bekerja. Cuma bayangkan keadaan rumah tangga di mana seorang isteri yang mempunyai anak kecil keluar bekerja 7 petang hingga 7 pagi sebagai operator pengeluaran. Dalam kalangan lelaki pula ramai masih hanya berpada dengan pendapatan yang diperolehi walaupun nilainya tidak besar. Mereka tidak berasa tercabar dengan perubahan ketara ini – anak perempuan dan isteri mereka keluar rumah mengejar kebendaan. Malah ramai lelaki mula mengambil kesempatan dengan memperisterikan wanita bekerja agar bajet keluarga dapat ditanggung bersama.

Peluang meraih kekayaan daripada suasana ekonomi yang pesat berkembang tidak diambil oleh orang melayu kecuali beberapa kerat. Sebahagian besar mengambil sikap untuk bekerja makan gaji dengan kerajaan.

“Kerja dengan kerajaan kan senang nanti ada pencen.”

Nasihat seperti ini sering diulang dan menjadi sangat berkesan kepada orang melayu yang latarbelakangnya suka bersantai khususnya lelaki.

Apabila contoh orang cina yang berjaya mengaut kekayaan ditimbulkan maka jawapan seperti ini akan kedengaran. “Buat apa susah-susah kerja macam depa. Mati nanti bukan boleh bawa harta bersama.”

Hari ini apabila orang lain yang bekerja kuat meraih kekayaan dan kemewahan kita kata pula ”Depa ambik habih tanah kita, nanti anak cucu kita nak duduk kat mana?” Akibatnya orang melayu ketinggalan jauh dalam banyak aspek kehidupan selepas era perindustrian. Orang melayu telah gagal dengan gred F dalam fasa pertama ini. Pola sosio ekonomi orang melayu mengalami kecacatan yang agak serius dan ada kemungkinan akan bersifat kekal. Bagaimana pula dengan fasa kedua?
Bersambung...

1 comments:

Dzul Affandi Bin Roslan said...

satu input kesedaran bangsa yang bagus.. syabas dr.. teruskan usaha lagi..

Objektif:

Tujuan blog ini ialah bagi membincangkan isu-isu berkaitan generasi muda era new millineum menurut pandangan penulis.

Persoalan:

Ramai manusia inginkan kejayaan. Samada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja sektor awam dan swasta mahupun mereka yang tidak bekerja sudah pasti mahu berjaya dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan secara tidak disedari ramai yang mengambil ringan tentang prinsip dan resepi untuk berjaya.
Mereka hanya mahukan kejayaan, nokhtah.
Hal yang berkaitan pembinaan diri, minda dan karakter seorang yang berjaya tidak diberi perhatian. Sebagai contoh, seorang yang ingin membina rumah dilihat pergi mendapatkan seekor kerbau, menempah kemah dsb. Orang lain yang menyaksikan gelagatnya pastilah akan kehairanan. Cohtoh ini kelihatan sedikit melucukan tetapi itulah hakikat yang terjadi terhadap ramai manusia hari ini.

Hasrat:

Blog ini berhasrat memberikan beberapa pandangan dan nasihat berkaitan pembinaan diri yang mungkin berguna untuk difikir. Persoalan berkaitan bagaimana mencapai kejayaan hanyalah pandangan penulis semata. Justeru ada kemungkinan pandangan yang diberikan tidak sesuai atau tersalah.