“Sebenarnya kita boleh bina otot-otot menerusi program latihan yang betul.”
Inilah kata-kata seorang rakan yang baru berjinak dengan gymnasium. Dalam kesibukan bekerja beliau cuba memberikan sedikit masa untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri. Ramai orang tidak menghargai nikmat kesihatan sehinggalah ditimpa sesuatu penyakit. Pada saat itu mungkin lebih banyak wang diperlukan untuk mengubati. Pencegahan lebih baik daripada pengubatan, kata orang.
Kata-kata atau kesimpulan di atas dibuat dengan penuh yakin oleh beliau selepas menyertai beberapa sesi latihan gymnasium yang dibantu oleh jurulatih profesianal.
Tiada perkara yang mustahil jika kita mahu.
Penulis suka memanjangkan contoh di atas kepada hal-hal kehidupan yang lain. Jika ingin berjaya dalam sesuatu hal maka kemahuan yang tinggi perlu ada. Pengalaman hidup membuktikan bahawa kita tidak boleh berjaya dalam suatu hal yang kita ambil mudah dan tidak minati. Samada dalam akademik, pekerjaan, bisnes dsb. Sebuah rantaian makanan segera di US iaitu In-N-Out yang kini mempunyai 232 buah restoran sentiasa dicemburui oleh yang lain. Konsep yang dipegang oleh pemiliknya, Harry Snyder ialah “Keep it real simple.” Hasilnya sungguh menakjubkan. Mereka hanya menjual burger. Tetapi mereka melakukannya dengan cara yang betul. Mereka ada program yang sesuai. Mereka melakukannya secara profesianal.
Ramai yang menjual burger. Selepas beberapa tahun, mereka masih berada ditempat yang sama menjual burger – tiada perkembangan. Tiada usaha dibuat untuk memperbaiki sistem perniagaan. Tiada usaha serius untuk meningkatkan pengurusan. Tumpuan tidak diberikan. Bagaimana benih yang ditanam boleh tumbuh dan membesar menjadi pokok tanpa penjagaan dan kawalan daripada penyakit. Hanya lalang akan tumbuh.
Marilah kita buat satu hal dan lakukannya dengan cara yang paling baik. Kita yang menentukan apa hasil yang dikehendaki dipenghujung perjalanan.
"Semoga Anda Berjaya"
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Objektif:
Tujuan blog ini ialah bagi membincangkan isu-isu berkaitan generasi muda era new millineum menurut pandangan penulis.
Persoalan:
Ramai manusia inginkan kejayaan. Samada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja sektor awam dan swasta mahupun mereka yang tidak bekerja sudah pasti mahu berjaya dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan secara tidak disedari ramai yang mengambil ringan tentang prinsip dan resepi untuk berjaya.
Mereka hanya mahukan kejayaan, nokhtah.
Hal yang berkaitan pembinaan diri, minda dan karakter seorang yang berjaya tidak diberi perhatian. Sebagai contoh, seorang yang ingin membina rumah dilihat pergi mendapatkan seekor kerbau, menempah kemah dsb. Orang lain yang menyaksikan gelagatnya pastilah akan kehairanan. Cohtoh ini kelihatan sedikit melucukan tetapi itulah hakikat yang terjadi terhadap ramai manusia hari ini.
Hasrat:
Blog ini berhasrat memberikan beberapa pandangan dan nasihat berkaitan pembinaan diri yang mungkin berguna untuk difikir. Persoalan berkaitan bagaimana mencapai kejayaan hanyalah pandangan penulis semata. Justeru ada kemungkinan pandangan yang diberikan tidak sesuai atau tersalah.

0 comments:
Post a Comment