Peristiwa hitam krisis kewangan global hari ini yang bermula 2007 menjadikan kerja makan gaji semakin tidak relevan dengan kehidupan pasca new millineum. Dianggarkan bahawa 25 juta manusia di seluruh dunia kehilangan punca pendapatan masing-masing. Apa yang disebut sebagai job security atau kerja dijamin sudah tamat tempohnya. Mereka yang berfahaman sedemikian akan ketinggalan.
Bentuk pekerjaan masa kini dan di masa depan ialah berusaha sendiri dan bukan lagi makan gaji. Berusaha sendiri merupakan cara paling awal dalam sejarah manusia dalam mencari rezeki di bumi yang fana ini – sejarah sedang berulang.
Nasihat lama yang semakin merimaskan generasi muda hari ini ialah ”Belajarlah kuat-kuat nanti boleh dapat kerja dengan gaji lumayan”. Sedangkan apa yang mereka saksikan berlaku di hadapan mereka jauh berbeza. Mereka lihat bagaimana seorang yang tiada ijazah menjadi jutawan dalam masa singkat.
Realiti ini tidak tele dengan apa yang diajarkan di sekolah.
Nasihat lama yang mengaitkan kelulusan akademik dengan gaji lumayan semakin hari semakin menampakkan kelemahan kepada pemberi nasihat itu sendiri. Ramai suami isteri yang bekerja makan gaji bersungut pendapatan tidak cukup. Nasihat seperti di atas merupakan salah satu sebab ramai pelajar khususnya lelaki sukar menyesuaikan diri dengan disiplin sekolah. Konflik yang berlaku antara pelajar new millineum dengan sistem pendidikan ini telah menyaksikan pelajar, khususnya lelaki sebagai korban. Mereka dilabel sebagai pelajar bermasalah hanya kerana mereka tidak dapat menyesuiakan diri dengan sistem yang semakin uzur ini.
Hakikatnya tiada real security dalam hidup. Kalau ada pun ini hanyalah suatu khayalan masa lampau dan masih cuba dipertahankan khususnya oleh orang melayu. Tahun ini saja disekitar tempat tinggal saya sahaja tidak kurang daripada 5 gerai tepi jalan tumbuh – semuanya orang melayu. Dalam keadaan dihimpit oleh scenario ekonomi semasa nampaknya satu option yang ada ialah kembali kepada asal – berusaha sendiri. Risiko ada di mana-mana. Sejak hari pertama hendak dilahirkan, si ibu dan bayi berhadapan dengan risiko - antara hidup dengan mati. Mereka yang mengambil risiko lazimnya akan dihormati dan disegani oleh orang ramai. Seperti seorang hero dalam filem. Beliau paling banyak mengambil risiko dalam usaha untuk mencapai sesuatu misi. Dalam berhadapan dengan saat dan situasi getir si hero akan tampil menangani dengan penuh yakin. Meletakkan dirinya dalam risiko demi menyelamatkan orang lain dan pengikutnya.
Justeru, kesempitan dan kemiskinan hidup orang melayu menjadikan nasihat contohnya seperti, ”Buat apa harta banyak nanti kena banyak soal diakhirat.” tidak begitu berkesan dan tidak kena pada tempatnya. Persis seperti semasa awal Islam di Mekah. Key issue peringkat itu ialah iman, bukan harta. Nasihat tentang harta datang kemudian setelah iman mantap dan apabila semakin ramai orang islam banyak harta. New millineum perlukan idea dan nasihat baru yang seiring dengan perubahan zaman.
"Semoga Anda Berjaya"
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Objektif:
Tujuan blog ini ialah bagi membincangkan isu-isu berkaitan generasi muda era new millineum menurut pandangan penulis.
Persoalan:
Ramai manusia inginkan kejayaan. Samada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja sektor awam dan swasta mahupun mereka yang tidak bekerja sudah pasti mahu berjaya dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan secara tidak disedari ramai yang mengambil ringan tentang prinsip dan resepi untuk berjaya.
Mereka hanya mahukan kejayaan, nokhtah.
Hal yang berkaitan pembinaan diri, minda dan karakter seorang yang berjaya tidak diberi perhatian. Sebagai contoh, seorang yang ingin membina rumah dilihat pergi mendapatkan seekor kerbau, menempah kemah dsb. Orang lain yang menyaksikan gelagatnya pastilah akan kehairanan. Cohtoh ini kelihatan sedikit melucukan tetapi itulah hakikat yang terjadi terhadap ramai manusia hari ini.
Hasrat:
Blog ini berhasrat memberikan beberapa pandangan dan nasihat berkaitan pembinaan diri yang mungkin berguna untuk difikir. Persoalan berkaitan bagaimana mencapai kejayaan hanyalah pandangan penulis semata. Justeru ada kemungkinan pandangan yang diberikan tidak sesuai atau tersalah.

0 comments:
Post a Comment